Bola Sepak

Juve ikat Chiellini sehingga 2023

Oleh Agensi

Rom: Kontrak Giorgio Chiellini tamat pada musim panas ini tetapi dia akan terus kekal di Turin untuk tempoh dua tahun lagi.

Pertahanan tengah berusia 36 tahun itu bakal menjadi ejen percuma sebaik kontraknya bersama gergasi Serie A tamat.

Tetapi kelab Turin mengesahkan pemain veteran antarabangsa Itali itu akan terus menjadi anggota pasukan musim depan selepas mengikat kontrak sehingga 2023.

"Pada akhirnya, menurunkan tandatangan hanyalah formaliti kerana apabila tubuh saya membenarkan saya terus bemain, kedua-dua pihak akan terus bekerjasama,'' kata Chiellini dalam media kelab.

"Ia hanyalah cuma masa yang melewatkan untuk menandatangani kontrak.

"Hubungan sangat rapat antara saya dan Juventus melebihi segalanya. Saya tidak ragu untuk terus kekal di sini.''

Kapten Bianconeri, Giorgio Chiellini berpindah dari Fiorentina pada 2005. Dia tampil dalam 535 perlawanan, menang sembilan gelaran Serie A dan menjulang trofi Piala Itali sebanyak lima kali.

Tetapi Chiellini kurang beraksi musim lalu dengan hanya 17 perlawanan selepas mengalami kecederaan namun bangkit semula dengan menjadi tonggak Itali ketika menjuarai Euro 2020.

Disiarkan pada: August 3, 2021 @ 12:31pm
d