Bola Sepak

Sepanyol had 40% penonton

Oleh AFP

Madrid: Stadium bola sepak di Sepanyol bakal menyaksikan kehadiran hanya 40% penonton dan perlu memakai pelitup muka susulan Covid-19, menurut Menteri Kesihatan negara itu.

"Kami membenarkan sehingga 40% daripada kapasiti stadium selain menetapkan penjarakan fizikal 1.5 meter,'' kata Carolina Darias ketika sidang akhbar semalam.

Bagaimanapun, hanya pemegang tiket bermusim dan penonton tempatan dibenarkan masuk ke stadium bagi mengurangkan pergerakan penyokong di seluruh negara.

Memakai pelitup muka diwajibkan di semua stadium manakala sebarang minuman, makanan dan rokok dilarang, tambahnya lagi.

"Sesi latihan perlu dijalankan tanpa kehadiran peminat atau disaksikan dalam jumlah yang terhad."

Peraturan itu bakal berkuatkuasa bermula 13 Ogos apabila La Liga kembali bersambung sehingga 29 Ogos apabila ia dinilai semula.

Sepanyol berdepan gelombang baru kes koronavirus. Beberapa wilayah kembali memperketatkan peraturan termasuk Catalonia yang menguatkuasakan perintah berkurung di Barcelona.

Mesyuarat di kawasan terbabit turut dihadkan kepada 10 orang pada satu-satu masa.

Disiarkan pada: August 5, 2021 @ 7:58am
d