Bola Sepak

Sterling mahu lebih banyak gol

Oleh Agensi

London: Raheem Sterling berharap kehadiran Jack Grealish di Manchester City akan membantu dirinya menambah jumlah jaringan peribadi.

Pemain berusia 26 tahun itu tidak sabar untuk beraksi bersama rakan sepasukan England, Grealish di peringkat kelab susulan bekas kapten Aston Villa menyertai mereka di Stadium Etihad.

Sterling hanya meledak 14 gol dalam semua kejohanan buat skuad kendalian Pep Guardiola musim lalu - 17 lebih kurang daripada kempen 2019-20 - tapi beraksi bersama Grealish, dia mengintai peluang untuk menambah jaringan pada kali ini.

"Mereka telah menandatangani pemain hebat dan seseorang yang mahu membuktikan dirinya di peringkat tinggi," kata Sterling.

"Saya tidak fikir ada kelab yang lebih baik buat dirinya mencuba dan melakukan itu.

"Dia seorang pemain yang sentiasa mahukan bola, dia bijak mencari ruang dan kreatif.

"Dia menambah bilangan seorang lagi pemain kreatif dalam pasukan ini di mana saya begitu teruja dan berharap dia dapat membantu menambah beberapa lagi bilangan gol peribadi saya."

Disiarkan pada: August 14, 2021 @ 11:12pm
d