Bola Sepak

Beckham berjaya pujuk Messi

Oleh Agensi

Paris: David Beckham sudah mengadakan perbincangan bersama Lionel Messi mengenai rancangan superstar Argentina mengakhiri karier di Inter Miami.

Pemilik kelab Inter Miami yang berjanji untuk membawa pemain superstar ke selatan Florida dan juga turut membayangkan Cristiano Ronaldo digandingkan dengan Messi.

Messi meninggalkan Barcelona dan menandatangani kontrak dua tahun bersama Paris Saint-Germain.

Tetapi Mirror Sport mendedahkan beberapa minggu lalu penyerang berusia 34 tahun itu dilihat di Miami membeli enam pangsapuri mewah di bandar itu.

Sekali gus menunjukkan pemain itu sudah bersedia, menerusi tawaran yang dikemukakan Beckham dengan memulakan perancangan untuk berpindah selepas perjalanan di Perancis berakhir.

Ketika Phil Neville mengambil alih tugas di Inter Miami mereka kelihatan bergelut untuk mara ke saingan playof dan Beckham terdesak untuk membawa nama besar yang dapat membantu mengubah nasib mereka.

Disiarkan pada: August 22, 2021 @ 10:21pm
d