Bola Sepak

Edu jadikan Arsenal lebih teruk

Oleh AFP

London: Mikel Arteta kini di bawah tekanan selepas permulaan lemah Arsenal dalam saingan Liga Perdana dengan masalah lain yang terus berlarutan mengganggu Gunners.

Untuk membantu melancarkan pembelian pemain baru di Emirates, Arsenal melantik Edu sebagai pengarah teknikal pertama untuk kelab itu pada musim 2019/20 tapi hasilnya setakat ini belum mencapai apa yang diinginkan.

Arsenal menamatkan saingan di tempat kelima setahun sebelum Edu menyertai kelab itu tapi sejak kehadiran Edu mereka menduduki tempat kelapan dua kali berturut-turut dengan sentuhan Arteta untuk memberi inspirasi positif di atas padang menjadi masalah utama.

Biarpun Edu secara khususnya dibawa untuk memimpin kempen rekrut, dia sebenarnya tidak beberapa bersetuju dengan beberapa pembelian Arsenal.

Arsenal membelanja jumlah yang besar musim ini namun kini menghuni kedudukan tercorot liga Perdana tanpa sebarang mata - permulaan paling teruk dalam sejarah 118 tahun kelab itu.

Sebanyak £149 juta (RM856.4 juta) dibelanjakan pada jendela perpindahan baru-baru ini, menjadikan £365 juta (RM2,097 juta) sejak Edu menyertai kelab itu tanpa banyak hasil dapat dilihat setakat ini.

Ia menambah lagi kebimbangan di kalangan peminat Arsenal dengan ada yang mengatakan Edu tidak mahu mendapatkan Aaron Ramsdale musim panas ini dengan nilai £30 juta (RM172.43 juta) namun kelab tetap meneruskannya.

Disiarkan pada: September 4, 2021 @ 2:52pm
d