Bola Sepak

Lewandowski cetak gol lagi

Oleh AFP

Leipzig, Jerman: Robert Lewandowski meledak gol keenam peribadinya hanya dalam empat perlawanan Bundesliga ketika Bayern Munich menewaskan RB Leipzig, 4-1, pagi ini.

Lewandowski menyempurnakan sepakan penalti pada babak pertama sebelum pemain berusia 18 tahun, Jamal Musiala dan Leroy Sane mencetak gol selepas rehat di hadapan 34,000 peminat di Red Bull Arena Leipzig.

Tuan rumah bangkit menerusi gol menakjubkan pemain tengah, Konrad Laimer sebelum pengganti Lewandowski, Eric Maxim Choupo-Moting mematikan terus semangat Leipzig dengan gol keempat.

Ketua jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann, yang meletak jawatan dari Leipzig selepas dua tahun mengemudi kelab itu untuk mengendalikan Bayern musim ini, memuji pasukannya dengan menyifatkan kemenangan itu bekalan terbaik berdepan Barcelona pada aksi Liga Juara-Juara, Rabu ini.

"Saya akan sentiasa gembira di sini, hari ini juga," kata Nagelsmann kepada Sky.

"Secara keseluruhannya baik, tetapi kami boleh beraksi dengan lebih bagus lagi."

Disiarkan pada: September 12, 2021 @ 8:45am
d