Bola Sepak

Xhaka kembali jalani latihan

Oleh Agensi

London: Pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka kembali menjalani latihan selepas pulih daripada jangkitan Covid-19.

Kapten Switzerland disahkan mempunyai kontak rapat Covid-19 ketika rehat antarabangsa yang lalu, selepas Persatuan Bolasepak Swiss mengesahkan dia turut menolak untuk mendapatkan vaksin.

Xhaka kekal di negara kelahirannya sebelum pulih dari wabak itu.

Kini, Xhaka sudah mula menjalani latihan, sekalipun masih lagi digantung bagi aksi domestik buat masa ini.

Pemain berusia 28 tahun itu melalui penggantungan perlawanan kerana menerima kad merah menentang Manchester City.

Xhaka mungkin dapat diturunkan bagi pertembungan tetangga utara London menentang Tottenham Hotspur pada 26 September ini.

Disiarkan pada: September 15, 2021 @ 10:26pm
d