Bola Sepak

Ronaldo tak mampu bantu Man United julang piala

Oleh Agensi

London: Jamie Carragher mendakwa kepulangan Cristiano Ronaldo ke Manchester United akan 'mencetuskan banyak masalah sama seperti yang diselesaikan' di bawah bimbingan Ole Gunnar Solskjaer musim ini.

Ronaldo melakukan kejutan berhijrah ke Old Trafford pada hujung jendela perpindahan pemain selepas 12 tahun meninggalkan kelab itu.

Pemain berusia 36 tahun itu tidak membuang masa mencetuskan impak di United apabila meledak dua gol ketika melakar kemenangan ke atas Newcastle sebelum menambah satu lagi gol semasa tewas mengejut 1-2 kepada Young Boys pada saingan Liga Juara-Juara.

Carragher menerusi kolum miliknya di Telegraph mempersoalkan sama ada kehadiran Ronaldo mampu membantu United memenangi kejuaraan Liga Perdana buat kali pertama sejak 2013.

"Dengan kembalinya Cristiano Ronaldo, ia menyebabkan banyak masalah sama seperti yang diselesaikan untuk skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer.

"Ronaldo mampu membuktikan bahawa dia adalah pembelian berbaloi untuk Liga Perdana berbanding Manchester United.

Beliau menambah: "Persoalan utama untuk United adalah sama ada kehadiran Ronaldo mampu memberikan mereka kejuaraan liga dan Liga Juara-Juara semula.

"Mengambilkira beberapa aksi awal, menang tiga daripada lima perlawanan, saya boleh katakan tidak.

"Ronaldo boleh menjadikan United kuat tetapi tidak mampu menjadikan kelab itu menjulang kejuaraan."

Disiarkan pada: September 18, 2021 @ 7:26am
d