Bola Sepak

Liverpool ketepikan Alcantara

Oleh Agensi

London: Pemain tengah Liverpool, Thiago Alcantara akan tersisih sekurang-kurangnya dua perlawanan selepas mengalami kecederaan betis.

Pemain berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan ketika membantu kemenangan 3-0 ke atas Crystal Palace dan Reds akan melakukan pemeriksaan imbasan untuk mengenal pasti kecederaan yang dialami.

Liverpool melayan kunjungan Norwich City dalam saingan Piala Liga pada pagi Rabu sebelum ke Brentford bagi sainan Liga, Sabtu ini.

"Saya tidak boleh memaklumkan berapa lama dia tidak bole beraksi, tetapi yang pasti tidak pada Rabu dan hujung minggu ini," kata penolong Reds, Pep Lijnders.

Thiago digantikan oleh Naby Keita selepas minit ke-62 dalam kemenangan ke atas skuad the Eagles di Anfield.

Disiarkan pada: September 20, 2021 @ 11:07pm
d