Bola Sepak

Man United kempunan kutip mata penuh

Oleh AFP

Manchester: Manchester United terlepas peluang untuk merampas kedudukan teratas Liga Perdana selepas sekadar seri 1-1 dengan Everton di Old Trafford, hari ini.

Jaringan lewat permainan Yerry Mina untuk Toffees dibatalkan kerana ofsaid selepas Andros Townsend menyamakan kedudukan sekali gus menafikan gol pendahuluan Anthony Martial untuk United.

Keputusan Ole Gunnar Solskjaer untuk merehatkan Cristiano Ronaldo pastinya akan dipersoal dengan Red Devils kini hanya memenangi dua daripada enam perlawanan terakhir mereka di semua pertandingan.

Satu mata mencukupi untuk kedua-dua pasukan berkongsi mata dengan pendahulu liga, Liverpool yang akan bertemu juara bertahan, Manchester City esok.

Jaringan minit akhir Ronaldo ketika ketika bertemu Villarreal pada saingan Liga Juara-Juara menyelamatkan United daripada berdepan cabaran lebih sukar untuk melangkah ke pusingan kalah mati.

Bagaimanapun Solskjaer enggan mengambil risiko menurunkan bintang berusia 36 tahun itu yang sekadar memanaskan bangku simpanan bersama-sama Jadon Sancho dan Paul Pogba sebelum dimasukkan sebagai pemain gantian.

Pemilihan Martial dalam kesebelasan utama agak mengejutkan dengan Jesse Lingard dan Donny van de Beek turut diketepikan.

Everton pula agak tumpul di barisan serangan selepas dua tonggaknya, Richarlison dan Dominic Calvert-Lewin tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan.

Disiarkan pada: October 2, 2021 @ 9:59pm
d