Bola Sepak

Brighton berjaya ikat Arsenal

Oleh AFP

Brighton (United Kingdom): Brighton berjaya mengikat Arsenal daripada merangkul kemenangan dalam saingan Liga Perdana apabila mencatat keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Amex.

Barisan pemain Graham Potter menguasai sebahagian besar permainan namun tidak mempunyai sentuhan pembunuh dan gagal mengambil kesempatan terhadap Gunner yang gagal mencatatkan kemenangan ke atas Tottenham minggu lalu.

Penyokong Albion memberi sokongan padu selepas pasukan mereka berjaya melonjak ke kedudukan kelima, dua mata di belakang Chelsea manakala Arsenal naik ke tangga kesembilan.

Mikel Arteta menerima aksi di bawah kemampuan sebenar pasukannya apabila sekadar meraih satu mata. Arsenal kini hanya menjaringkan lima gol dari tujuh perlawanan liga, catatan terendah yang dicatatkan sejak musim 1986/87.

"Saya lebih bimbang dengan cara kami bermain. Kami tidak membuat keputusan yang tepat," katanya.

"Setiap kali ada berdepan tekanan kami tidak dapat keluar dan menyerang dalam ruang terbuka dengan baik, dalam keadaan seperti itu kami perlu melakukan lebih baik.

"Saya tidak fikir kami layak untuk menang perlawanan ini. Kami perlu menerima keputusan seri dan prestasi yang perlu dipertingkatkan lagi.

The Seagulls bermula dengan baik dalam kempen Liga Perdana selepas menang empat daripada lima perlawanan pembukaan dan melayan kunjungan Gunners yang kini berada di kedudukan bawah daripada mereka buat kali pertama sejak 1982.

Namun Arsenal menang empat pertemuan menentang mereka sebelum ini dalam semua pertandingan selepas memulakan kempen terburuk selama 67 tahun.

Disiarkan pada: October 3, 2021 @ 8:00am
d