Bola Sepak

99 peratus skuad Liverpool sudah divaksin

Liverpool: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengatakan orang ramai seharusnya diberi vaksin untuk melawan Covid-19 dengan alasan yang sama mereka tidak seharusnya dibenarkan membawa kereta dalam keadaan mabuk dan kini mengesahkan skuadnya 99 peratus sudah di vaksin.

Isu pengambilan vaksin kini dicampuradukkan dikalangan atlet elit dengan laporan minggu lalu menunjukkan hanya sembilan dari 20 kelab Liga Perdana yang mempunyai lebih daripada 50 peratus pemain yang diberi vaksin sepenuhnya.

Klopp berkata, perkara itu tidak menjadi masalah di Liverpool yang mana beliau tidak perlu meyakinkan pemain untuk mengambil suntikan.

"Saya boleh katakan kami sudah 99 peratus di vaksin," kata Klopp.

"Saya tidak perlu meyakinkan pemain, itu adalah keputusan yang dibuat pasukan. Saya tidak ingat sama ada pernah bercakap dengan pemain dan menjelaskan kepada mereka mengapa mereka perlu mengambilnya kerana saya bukan doktor."

Malah beliau juga tidak akan membuat seseorang itu terasa terhina kerana keputusan untuk di vaksin itu adalah pilihan individu.

"Ia seperti memandu ketika mabuk. Kami mungkin berdepan situasi di mana kami minum dua bir dan kemudian berfikir 'saya masih boleh memandu', tapi di bawah undang-undang kami tidak dibenarkan memandu.

"Undang-undang tidak ada untuk melindung saya apabila saya mengambil dua bir dan mahu memandu, ia adalah untuk melindungi semua orang.

"Saya tidak faham bagaimana itu menjadi batas kebebasan kerana jika tidak dibenarkan minum dan memandu itu adalah batasan kebebasan juga tapi kami menerimanya."

Klopp, 54, mengatakan bahawa beliau sudah bertemu dengan doktor yang dipercayainya sebelum mengambil vaksin.

Disiarkan pada: October 3, 2021 @ 8:26am
d