Bola Sepak

Brazil bangkit dari ketinggalan lakar kemenangan

Oleh AFP

Montevideo: Gabriel Barbosa yang menyempurnakan penalti lima minit sebelum tamat perlawanan mengekalkan permulaan sempurna buat Brazil dalam aksi kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan yang bangkit dari ketinggalan untuk menang 3-1 ke atas Venezuela.

Ia adalah kemenangan kesembilan dari sembilan perlawanan buat Selecao dan melebarkan kedudukan selaku pendahulu dalam kumpulan kelayakan Amerika Selatan kepada lapan mata mengatasi Argentina yang mencatatkan keputusan seri 0-0 di Paraguay.

Gol awal Eric Ramirez meletakkan Venezuela di depan di Caracas namun tandukan Marquinhos berjaya menyamakan kedudukan sebelum penalti dari Barbosa pada lewat perlawanan.

Pemain gantian Antony menambah derita Venezuela lima minit sebelum waktu kecederaan seterusnya mengekalkan kedudukan tuan rumah di kedudukan tercorot kumpulan.

"Ia satu permainan yang sukar, kamu bermain jauh di bawah kemampuan kami," akui Marquinhos.

"Kami bangkit di babak kedua dan mujur kami mendapat keputusan positif seperti yang diinginkan."

Tanpa Neymar yang digantung perlawanan Brazil hampir kehilangan arah, mendominasi permainan namun gagal untuk mencipta peluang sehinggalah lewat perlawanan.

Disiarkan pada: October 8, 2021 @ 11:43am
d