Bola Sepak

Deschamps lempar pujian kepada Benzema

Oleh AFP

Milan: Didier Deschamps memuji Karim Benzema selepas penyerang yang pernah disingkirkan itu memainkan peranan penting untuk membantu Perancis muncul juara Liga Negara-Negara.

Benzema menjaringkan gol penyamaan Perancis ketika menang 2-1 ke atas Sepanyol sekali gus membolehkan juara Piala Dunia itu menambah koleksi trofi dan Deschamps sangat berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan penyerangnya itu.

"Karim adalah pemain yang sangat penting dan dia sudah membuktikan lebih daripada dua perlawanan bahawa dia mempunyai bakat luar biasa, semuanya ada padanya untuk ditonton semua orang.

"Dia sudah banyak berubah di bahagian yang berbeza, dia sangat klinikal, dia memaminkan peranannya ketika menyerang," kata Deschamps.

Penyerang Real Madrid itu diketepikan daripada skuad kebangsaan lebih daripada lima tahun namun disenaraikan semula oleh Deschamps menjelang Euro 2020.

Dia tampil hebat di sejak separuh akhir Liga Negara-Negara, dengan meledak jaringan selepas Perancis ketinggalan dua gol ketika mengalahkan Belgium 3-2 dan pagi tadi menyamakan kedudukan untuk memadam gol pendahuluan Sepanyol melalui Mikel Oyarzabal.

"Daripada perspektif peribadi dia bukan lagi orang yang sama, dia sangat matang. Dia berada pada tahap tinggi dalam tempoh yang lama, sekarang saya gembira melihat dia meraikan kejayaan bersama Perancis," kata Deschamps.

Disiarkan pada: October 11, 2021 @ 9:14am
d