Bola Sepak

Man United mahu jual Lingard

Oleh Agensi

London: Manchester United dilaporkan mahu menjual Jesse Lingard dengan menyertakan sejumlah yuran perpindahan pada Januari jika pemain itu enggan menandatangani kontrak baharu di Old Trafford.

Kontrak pemain kebangsaan England itu bersama Red Devils dijangka tamat pada Jun depan dan difahamkan pemain itu tidak bersedia menandatangani kontrak lanjutan ketika dia terus bergelut untuk disenaraikan dalam kesebelasan pasukan.

West Ham United cuba menandatangani Lingard dengan perjanjian secara tetap pada musim panas tetapi juara Inggeris sebanyak 20 kali itu mengambil keputusan untuk mengekalkan pemain berkenaan.

Pemain berusia 28 tahun itu meledak dua gol dan satu bantuan jaring gol dalam enam penampilan buat skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Disiarkan pada: October 12, 2021 @ 10:13pm
d