Bola Sepak

Messi, Mbappe penyelamat PSG

Oleh AFP

Paris: Paris Saint-Germain diselamatkan barisan pemain bintang mereka selepas Lionel Messi meledak dua gol dan Kylian Mbappe menjadi watak penting kepada gergasi Perancis itu yang terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan RB Leipzig 3-2 di saingan Liga Juara-Juara, hari ini.

Mbappe meletakkan PSG di depan di Parc des Princes tetapi Leipzig yang tewas 3-6 kepada Manchester City sebelum ini tidak mudah menyerah kalah.

Gol menerusi Andre Silva dan Nordi Mukiele meletakkan Leipzig di depan dan ketika itu, PSG dilihat terpaksa membayar harga tinggi kerana mempamer aksi hambar.

Namun Mbappe menjadi arkitek kepada gol penyamaan Messi sebelum bintang Argentina itu menyempurnakan sepakan penalti minit ke-74 selepas Mbappe dijatuhkan dalam kotak penalti.

"Benar, kami perlu mempamer aksi lebih baik. Untuk ketika ini, kami tidak beraksi dengan baik tetapi akhirnya menang," kata Mbappe kepada kepada stesen penyiar RMC Sport.

Bintang Perancis itu turut gagal menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan

"Tidak perlu lagi memperkatakan mengenai kualiti yang ada pada Kylian dan Leo," kata jurulatih PSG, Mauricio Pochettino yang menyaksikan pasukannya kini menduduki tangga teratas Kumpulan A, satu mata mengatasi City.

"Pada perlawanan yang menyaksikan anda bergelut untuk mencari jalan penyelesaian sebagai sebuah pasukan, sebab itulah pentingnya mempunyai pemain berkelas dunia.

Disiarkan pada: October 20, 2021 @ 8:28am
d