Bola Sepak

Super komputer ramal Man United terus bergelut

Oleh Agensi

London: Manchester United akan memenangi tiga daripada sembilan perlawanan seterusnya, menurut super komputer.

United bergelut dengan prestasi selepas hanya menang dua daripada lapan perlawanan terakhir.

Ia sekali gus menyebabkan penyokong mendesak supaya Ole Gunnar Solskjaer dipecat dan situasi nampak lebih buruk untuk pengendali United itu.

Skuad bimbingannya akan menanti kunjungan Atalanta di Old Trafford awal pagi esok di mana mereka sudah melalui dua perlawanan terakhir tanpa mencatatkan kemenangan.

Menurut super komputer, United hanya mempunyai 55 peratus peluang untuk memenangi perlawanan itu.

Malah sebelum ini, super komputer hanya memberikan Red Devils 52 peratus peluang mampu menewaskan Leicester yang mana ia berakhir dengan mereka tewas 2-4.

Bagaimanapun ramalan kemenangan ke atas Atalanta adalah satu daripada tiga kemenangan yang diramal untuk United dalam sembilan perlawanan selepas ini.

Dua lagi adalah ketika berkunjung ke Watford dan bertemu Arsenal di halaman sendiri tetapi Man United akan bergelut di Liga Juara-Juara.

Super komputer yang menganalisis berdasarkan sejarah lalu, menjangkakan skuad bimbingan Solskjaer akan tewas di tempat lawan kepada Atalanta dan Villareal.

United juga hanya mempunyai 33 peratus peluang untuk menewaskan Liverpool apabila kedua-dua pasukan bertemu Ahad ini.

Disiarkan pada: October 20, 2021 @ 11:24am
d