Bola Sepak

Klopp berang laporan media isu kad merah

Oleh AFP

Liverpool: Jurgen Klopp melabelkan laporan media dengan mengatakan dia percaya Manchester United seharusnya dilayangkan lebih banyak kad merah ketika menentang Liverpool di Old Trafford minggu lalu sebagai 'berita palsu'.

The Athletic dan Daily Mail berkata Klopp berpendapat pengadil Anthony Taylor seharusnya mengeluarkan lima pemain namun tidak mahu berbuat demikian kerana memalukan Untied yang tewas 5-0, Ahad lalu.

Taylor hanya melayangkan kad mereka kepada Paul Pogba terhadap kekasaran yang dilakukan kepada Naby Keita selepas melihat rakaman VAR dan Liverpool menghadiahkan kekalahan memalukan kepada skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

The Athletic berkata "sumber yang rapat di bangku simpanan Liverpool" berasakan pengadil kelahiran Manchester Taylor tidak mengeluarkan lebih banyak kad merah kepada United kerana dia "bersimpati" kepada mereka.

Namun Klopp berang dengan laporan itu pada sidang media sebelum perlawanan.

"Saya tidak pernah meraguinya – tidak sekali kali," kata bos Liverpool itu menjelang pertemuan dengan Brighton di Anfield.

"The Athletic berkata 'orang yang rapat dengan staf', yang sentiasa saya rasakan sesuatu yang bahaya untuk diperkatakan. Anda tidak buat perkara seperti ini. Ia tidak betul – ia penipuan."

"Kami bercakap mengenai situasi Ronaldo dan pandangan saya ia mungkin boleh kad merah. Apabila saya melihatnya kembali, dia berjaya mendapat bola, ia kuning yang teruk, ia sebenarnya okey," kata Klopp.

Disiarkan pada: October 30, 2021 @ 8:22am
d