Bola Sepak

United perlu lihat cermin - Fernandes

Oleh Agensi

London: Pemain Manchester United perlu 'perlu melihat cermin' kerana mereka 'tidak berada pada tahap yang sama' dengan Manchester City, kata pemain tengah Bruno Fernandes.

Jurang yang sangat ketara apabila City berjaya meraih kemenangan selesa 2-0 di Old Trafford.

Kekalahan keempat Liga Perdana dalam enam perlawanan juga meningkatkan tekanan kepada pengendali mereka Ole Gunnar Solskjaer dan barisan pemainnya.

"Kami perlu kurang bercakap dan melakukan lebih banyak lagi," kata Fernandes.

"Saya berkata perkara yang sama. Kami perlu berubah kerana perkara itu sudah berlaku berkali-kali. Apa yang kami lakukan tidak mencukupi."

Pep Guardiola mengawal penguasaan bola di atas padang dan melakukan lebih banyak percubaan berbanding lawan.

Ia jelas memperlihatkan bahawa United perlu berusaha keras menentang lawan terutama dalam penguasaan bola sama ada di luar atau di dalam.

"Jika kami mahu berada di tahap yang sama dengan mereka, kami perlu melakukan lebih banyak kerana aksi mereka menunjukkan bahawa kami tidak berada di tahap yang sama," kata Fernandes.

"Setiap pemain perlu lihat diri mereka sendiri. Anda perlu lihat cermin apa kesalahan anda. Anda tidak boleh mengubah mentaliti orang lain, anda perlu lihat diri sendiri dan tahu anda boleh melakukan lebih baik lagi."

Disiarkan pada: November 7, 2021 @ 8:55am
d