Bola Sepak

Kecederaan paksa Pogba tersisih skuad Perancis

Oleh AFP

Paris: Perancang tengah Manchester United, Paul Pogba terpaksa diketepikan daripada skuad kebangsaan Perancis bagi saingan Kelayakan Piala Dunia selepas mengalami kecederaan paha ketika latihan menurut Persekutuan Bolasepak Perancis.

Pemain berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan selepas melakukan beberapa rembatan ketika menjalani latihan di Clairefontaine, Perancis.

Pasukan Man United kendalian Ole Gunnar Solskjaer pula akan seterusnya berdepan Watford pada 20 November bagi saingan Liga Perdana Inggeris.

Pihak FFF berkata Pogba mengalami kecederaan di peha kanan.

Perancis akan melayan kunjungan Kazakhstan pada Sabtu dengan kemenangan dapat menjamin tempat ke Piala Dunia tahun depan, sebelum aksi terakhir Kumpulan D di Finland minggu depan.

Pemain tengah Roma, Jordan Veretout menggantikan Pogba dalam senarai pasukan itu.

Disiarkan pada: November 9, 2021 @ 7:59am
d