Bola Sepak

Chelsea malukan Leicester, kekal dahului liga

Oleh AFP

Leicester: Chelsea menewaskan Leicester 3-0 di tempat lawan hari ini dengan N'Golo Kante mempamer aksi cemerlang membantu pendahulu Liga Perdana itu berkelebihan enam mata di tangga teratas.

Antonio Rudiger menyumbang gol pertama dan jaringan jarak jauh Kane menyaksikan Chelsea semakin selesa.

Christian Pulisic yang masuk sebagai pemain gantian pula menjaringkan gol ketiga pada separuh masa kedua.

Skuad bimbingan Thomas Tuchel tidak pernah tewas dalam sembilan perlawanan terakhir mereka di semua pertandingan dan bangkit selepas seri 1-1 dengan Burnley sebelum tempoh rehat antarabangsa.

Aksi garang Chelsea pada perlawanan hari ini menafikan dakwaan pengurus Paris Saint Germain, Mauricio Pochettino baru-baru ini bahawa juara Eropah itu adalah sebuah pasukan yang gemar bertahan.

Kemenangan itu memberi tonik terbaik kepada Chelsea yang akan bertemu Juventus pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi Rabu ini.

Selepas itu, Chelsea akan menanti kunjungan Manchester United di Stamford Bridge pada 28 November.

Disiarkan pada: November 20, 2021 @ 10:59pm
d