Bola Sepak

Real rampas kedudukan pendahulu

Oleh AFP

Madrid: Vinicius Junior menjaringkan gol ke-10 musim ini ketika Real Madrid membelasah Granada 4-1 awal pagi tadi dan kembali ke persada La Liga.

Marco Asensio dan Nacho Fernandez meletakkan Real dua gol di depan dalam tempoh 30 minit di Los Carmenes manakala Granada merapatkan jurang melalui Luis Suarez.

Junior menyudahkan hantaran lintang sebelum pemain Granada, Monchu dibuang padang ketika perlawanan berbaki 23 minit kerana melakukan kekasaran.

Selepas itu, Ferland Mendy melengkapkan kemenangan menerusi gol keempat yang memberikan Real kembali di kedudukan teratas liga.

Carlo Ancelotti kini boleh mengalihkan perhatian kepada saingan Liga Juara-Juara di Sheriff Tiraspol awal pagi Khamis ini ketika mereka masih belum layak ke kelompok 16 terakhir.

Inter Milan dua mata lagi di belakang dalam Kumpulan D manakala Sheriff satu mata di belakang Milan.

Disiarkan pada: November 22, 2021 @ 11:48am
d