Bola Sepak

Ronaldo bantu United kalahkan Arsenal, Spurs turut menang

Oleh AFP

Manchester: Cristiano Ronaldo berjaya melepasi 800 jaringan buat kelab dan negaranya selepas meledak dua gol ketika Manchester United mengalahkan Arsenal 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.

Arsenal terlebih dulu berada di depan melalui jaringan Emile Smith Rowe yang menewaskan penjaga gol United, David De Gea sebelum Bruno Fernandes menyamakan kedudukan.

Ronaldo berjaya meletakkan United di depan hasil gol ke 800 namun pantas disamakan Martin Odegaard.

Bagaimanapun pemenang lima kali Ballon d'Or itu meledak gol keduanya hasil sepakan penalti 20 minit sebelum tamat.

Sementara itu, Son Heung Min membantu Tottenham kembali ke landasan kemenangan apabila pemain kelahiran Korea Selatan itu berjaya meledak jaringan pertama EPL sejak Oktober untuk membolehkan mereka menang 2-0 ke atas Brentford.

Tottenham mendahului menerusi gol sendiri Sergi Canos pada separuh masa pertama dan Heung Min mengesahkan kemenangan hasil gol di separuh masa kedua.

Disiarkan pada: December 3, 2021 @ 7:12am
d