Bola Sepak

Real Madrid, Inter sahkan kemaraan

Oleh AFP

Madrid: Real Madrid mara ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara sebagai juara kumpulan selepas Toni Kroos dan Marco Asensio masing-masing meledak gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Inter Milan, pagi ini.

Kemenangan selesa di Santiago Bernabeu, ditambah dengan layangan kad merah kepada Nicolo Barella pada minit ke-64 ketika Inter ketinggalan satu gol untuk meletakkan Madrid mara sebagai juara Kumpulan D, lima mata mengatasi wakil Itali itu yang turut mara sebagai naib juara.

Inter harus mencatat kemenangan untuk memperoleh juara kumpulan bagaimanapun Madrid beraksi lebih baik dan Kroos meletakkan mereka di depan sebelum Barella diperintah keluar padang diikuti jaringan menarik Asensio untuk memastikan kemenangan itu.

Kemenangan Madrid memastikan mereka tidak berdepan pasukan pilihan seperti Liverpool, Bayern Munich dan Manchester City apabila undian peringkat kalah mati dijalankan pada Isnin, sekalipun Paris Saint-Germain yang diketuai Lionel Messi antara pasukan yang berada dalam balang naib juara.

"Kami mahu menamatkan saingan di tempat pertama dalam kumpulan untuk mengelakkan daripada bertemu pasukan kuat dan kami melakukannya," kata Luka Modric.

Selain kekalahan mengejut di tempat lawan dekat Sheriff pada September, Madrid berada di landasan terbaik dengan lima kemenangan termasuk dua kemenangan ke atas Inter.

Namun cabaran kini bagi skuad kendalian Carlo Ancelotti untuk membuktikan mereka masih boleh bersaing dalam kelompok yang terbaik pada peringkat seterusnya selepas disingkirkan oleh Chelsea di separuh akhir musim lalu.

Karim Benzema tidak beraksi selepas mengalami kecederaan menentang Real Sociedad pada Sabtu dan tempatnya digantikan dengan Luka Jovic.

Madrid berharap Benzema akan kembali untuk aksi tetangga di tempat sendiri berdepan Atletico Madrid dalam saingan La Liga, Ahad ini.

"Kami mempunyai beberapa hari untuk melihat jika Karim dapat pulih, saya fikir dia akan bersedia," kata Ancelotti.

Keputusan Liga Juara-Juara:

Kumpulan A -

Paris Saint-Germain (FRA) 4 (Mbappe 2, 7, Messi 38, 76-pen) Club Brugge (BEL) 1 (Rits 68)

RB Leipzig (GER) 2 (Szoboszlai 24, Andre Silva 71) Manchester City (ENG) 1 (Mahrez 76)

Kumpulan B -

AC Milan (ITA) 1 (Tomori 29) Liverpool (ENG) 2 (Salah 36, Origi 55)

Porto (POR) 1 (Oliveira 90+6-pen) Atletico Madrid (ESP) 3 (Griezmann 56, Correa 90, De Paul 90+2)

Kumpuan C -

Borussia Dortmund (GER) 5 (Malen 29, Reus 45+2, 53, Haaland 68, 81) Besiktas (TUR) 0

Ajax (NED) 4 (Haller 8-pen, Antony 42, Neres 58, Berghuis 62) Sporting Lisbon (POR) 2 (Nuno Santos 22, Bruno Tabata 78)

Kumpulan D -

Real Madrid (ESP) 2 (Kroos 17, Asensio 79) Inter Milan (ITA) 0

Shakhtar Donetsk (UKR) 1 (Fernando 42) Sheriff Tiraspol (MOL) 1 (Nikolov 90+3)

Disiarkan pada: December 8, 2021 @ 7:30am
d