Bola Sepak

Akhyar rehat lawan Laos

Oleh Firdaus Hashim

Singapura: Adakah Akhyar Rashid disimpan untuk aksi menentang Vietnam nanti? Itu persoalan yang timbul selepas senarai kesebelasan utama dikeluarkan sebentar tadi menyaksikan nama pemain sayap lincah negara itu tidak kelihatan dalam pasukan termasuk di bangku simpanan untuk aksi kedua menentang Laos di Stadium Bishan petang ini.

Akhyar, 22, antara pemain negara paling menyerlah ketika menentang Kemboja pada Isnin lalu, di mana pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) meledak satu gol menerusi kemenangan 3-1.

Malah, Akhyar turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan itu. Bagaimanapun, hasil tinjauan Arena Metro di venue ini, kelibat tonggak kelahiran Alor Setar, Kedah itu ada bersama-sama rakan sepasukan yang lain ketika sesi memanaskan badan.

Malah, adik kepada bekas pemain kebangsaan, Rafdi Rashid itu langsung tidak menunjukkan tanda-tanda kecederaan yang membuatkan namanya disisihkan oleh pengendali negara Tan Cheng Hoe.

Mungkin ini percaturan Cheng Hoe yang merehatkan Akhyar sekali gus menjadi senjata rahsia Harimau Malaya.

Disiarkan pada: December 9, 2021 @ 5:08pm
d