Bola Sepak

Tak perlu yakinkan Pogba untuk kekal di United - Rangnick

Oleh Agensi

London: Ralf Rangnick menimbulkan persoalan mengenai masa depan Paul Pogba di Manchester United dan mempersoalkan keputusan Pogba ke Dubai bagi menjalani proses pemulihan daripada kecederaan paha.

Pogba mengikat kontrak pada 2019 berkata 'tiba masanya untuk cabaran baru' dan ejennya Mino Raiola, mengakui 'maaf' kerana tidak merancang perpindahan ke Real Madrid.

Pada Disember tahun lalu, Raiola mendakwa sudah 'berakhir' buat Pogba di United dan menyatakan keinginan untuk menguruskan perpindahan Pogba tahun ini.

Pogba, 28, tidak menunjukkan sebarang kecenderungan untuk mengikat kontrak baru dengan perjanjiannya akan tamat pada 30 Jun.

Rangnick bercakap dengan Pogba buat pertama kali minggu ini dan penyerang Perancis itu masih di Dubai, tempat di mana dia berada empat minggu terakhir ini.

Pogba bebas mengadakan rundingan dengan mana-mana kelab menjelang jendela perpindahan Januari ini dengan Rangnick berkata United tidak perlu meyakinkan pemain itu untuk kekal.

"Saya tidak mengatakan dia tidak layak di simpan tapi jika mahu teruskan kekal bersama kelab besar seperti Manchester United maka dia akan kekal," kata Rangnick.

"Jika pemain tidak mahu bermain untuk kelab seperti Manchester United sama ada untuk jangka masa sederhana atau panjang, saya tidak rasa perlu meyakinkan dia untuk mengubah fikirannya.

"Ini adalah kelab besar dengan dengan sokongan yang hebat dari penyokong, saya tidak rasa sesiapapun dalam kelab perlu meyakinkan pemain untuk kekal. Tetapi sebaliknya, kita tunggu dan lihat.

"Saya sudah bercakap dengannya selama 15 minit menerusi telefon beberapa hari lalu. Biar dia kembali dulu, cergas sepenuhnya, berlatih semula bersama pasukan dan kemudian kita lihat apa keputusannya dan bagaimana keadaan pasukan pada masa itu.

Pogba menghabiskan sebahagian daripada proses pemilihan daripada kecederaan buku lali yang dialami pada 2019 di Dubai dan Miami dan Rangnick berasa hairan mengapa Ole Gunnar Solskjaer membenarkan Pogba menjalani proses pemulihan di luar negara.

Disiarkan pada: December 11, 2021 @ 10:43am
d