Bola Sepak

Gol ke-100 Sterling lonjak Man City

Oleh AFP

Manchester: Raheem Sterling menjaringkan gol ke-100 pada saingan Liga Perdana ketika penyerang Manchester City itu menyempurnakan sepakan penalti untuk pendahulu liga itu melakar kemenangan 1-0 ke atas Wolves, hari ini.

Sterling menyumbang gol itu pada separuh masa kedua di Stadium Etihad untuk membolehkan City meraih kemenangan kali keenam berturut-turut pada saingan liga.

Kemenangan City dibantu oleh kad merah yang dilayangkan kepada penyerang Wolves, Raul Jimenez pada separuh masa pertama.

Gol Sterling memastikan City memanfaatkan peluang kelebihan yang diperolehi sekali gus bangkit daripada kekalahan kepada RB Leipzig pada saingan Liga Juara-Juara.

Selepas bergelut untuk membarisi kesebelasan utama skuad bimbingan Guardiola musim ini, Sterling akhirnya membuktikan kemampuannya yang kerap mengancam kubu lawan.

Skuad bimbingan Pep Guardiola ketika ini mempunyai kelebihan empat mata berbanding Liverpool di tangga kedua.

Disiarkan pada: December 11, 2021 @ 11:01pm
d