Bola Sepak

Man United mahu khidmat Rudiger

Oleh Agensi

London: Manchester United dilaporkan berminat mendapatkan khidmat pemain pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger dan berharap Ralf Rangnick dapat membantu mereka melengkapkan tandatangan pemain Jerman itu.

Ia sekali gus dapat mengatasi saingan kelab lain seperti Real Madrid, PSG dan Bayern Munich yang turut berminat mendapatkan pemain itu.

Rudiger, 28, dilaporkan sudah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan Chelsea dan tidak berminat melanjutkan khidmat bersama skuad Blues dengan kontrak semasanya dijangka tamat pada musim panas.

Dia dilaporkan memohon kenaikan gaji £200,000 (RM1.12 juta) mingguan sementara Chelsea menawarkan £140,000 (RM784,758) mingguan.

Sebelum ini Real Madrid dikatakan mendahului PSG dan Bayern Munich dalam pemburuan untuk menandatangani pemain itu dengan perpindahan percuma pada musim panas dengan skuad Los Blancos dikatakan bersetuju memenuhi permintaan gaji Rudiger.

Disiarkan pada: December 17, 2021 @ 10:48pm
d