Bola Sepak

Messi positif Covid-19

Oleh AFP

Paris: Lionel Messi diuji positif Covid-19 dan menjalani pengasingan diri, umum kelabnya Paris Saint-Germain hari ini.

Pemenang tujuh kali anugerah Ballon d'Or adalah salah seorang daripada empat pemain PSG yang didapati positif wabak itu menjelang perlawanan Piala Perancis menentang Vannes.

Bintang Argentina itu berdepan permulaan sukar di ibu kota Perancis sejak meninggalkan Barcelona dengan penuh emosi pada musim panas lalu.

Messi hanya menjaringkan satu gol dalam 11 penampilan saingan liga buat PSG sekalipun dia meledak lima gol dalam Liga Juara-Juara.

Dia dijangka terlepas saingan pada awal pagi Selasa dan dijangka disisihkan perlawanan pertama Ligue 1 buat PSG sejak rehat musim sejuk di Lyon pada awal pagi Isnin depan.

Pemain lain yang didapati positif adalah pertahanan Juan Bernat, penjaga gol simpanan, Sergio Rico dan pemain muda yang beraksi di bahagian tengah, Nathan Bitumazala.

Disiarkan pada: January 2, 2022 @ 9:08pm
d