Bola Sepak

Kehrer selamatkan maruah PSG

Oleh AFP

Paris: Gol pertahanan dari Jerman, Thilo Kehrer memastikan Paris Saint-Germain terikat 1-1 berdepan pasukan bergelut, Lyon ketika jaringan penyamaan itu hadir 14 minit sebelum tamat perlawanan saingan Ligue 1, pagi ini.

PSG sudah berada di kedudukan selesa selepas mendahului 11 mata ke atas pasukan di tempat kedua, Nice namun kunjungan ke Lyon tanpa bintang Argentina, Lionel Messi kerana Covid-19 dan Neymar yang mendapatkan rawatan kecederaan di Brazil.

Skuad kendalian Mauricio Pochettino yang akan bersiap sedia dalam pertembungan Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, beraksi di bawah kemampuan berdepan pasukan di tempat ke-11 liga.

Lucas Paqueta yang kembali beraksi selepas terbabit dengan kontak kes Covid menjaringkan gol pembukaan buat Lyon hanya selepas tujuh minit permainan.

Penyerang Brazil itu menyempurnakan hantaran Bruno Guimaraes dari jarak dekat untuk mengatasi jangkaan penjaga gol PSG, Keylor Navas.

Pasukan tuan rumah lebih banyak menguasai perlawanan tetapi rekod mereka meledak pada minit akhir perlawanan berjaya menyelamatkan mereka menerusi jaringan Kehrer.

Pochettino berkata aksi pasukannya agak terkesan tanpa penjaga gol, Gianluigi Donnarumma, pertahanan Juan Bernat dan pemain Danilo Pereira, Julian Draxler dan Angel Di Maria, di mana ke semuanya diuji positif Covid-19.

"Perubahan yang kami lakukan untuk memberikan sedikit sentuhan baharu," kata jurulatih itu.

"Kami gembira kerana pemain yang digantikan memberikan semangat yang kami perlukan. Xavi (Simons), Edouard dan Thilo adalah sebahagian daripada mereka yang memastikan jaringan penyamaan itu."

Pochettino menambah: "Ia aksi yang sangat getir tetapi kami harus berpuas hati."

Disiarkan pada: January 10, 2022 @ 8:22am
d