Bola Sepak

Cavani enggan tinggalkan United

Oleh AFP

London: Edinson Cavani memberitahu Ralf Rangnick dia mahu kekal di Manchester United dan bertekad memperbaiki nasib pasukan selepas timbul spekulasi perpindahannya bulan ini.

Pemain berusia 34 tahun itu berpindah ke Old Trafford pada Oktober 2020 dan diramal hanya bertahan satu musim namun kini setuju kekal untuk kempen seterusnya.

Rangnick berkata minggu lalu dia tidak akan melepaskan Cavani dan mengesahkan penyerang veteran itu berminat untuk kekal.

"Saya katakan kepadanya terpulang kepada saya untuk mengekalkannya dan saya berbual dengannya minggu lalu," kata Rangnick

"Dia datang ke pejabat saya dan kami bercakap hampir setengah jam dan dia mahu kekal sehingga penghujung musim."

"Bagi saya ia berita sangat baik kerana Edi antara pemain miliki banyak pengalaman, mentaliti dan etika kerjanya boleh menjadi contoh kepada pemain lain," katanya.

United yang memburu trofi pertama dalam tempoh lima tahun akan menerima kunjungan skuad Steven Gerrard, Aston Villa dalam aksi pusingan ketiga Piala FA awal pagi esok.

Disiarkan pada: January 10, 2022 @ 7:14pm
d