Bola Sepak

Chelsea mara final Piala Liga

Oleh Reuters

London: Chelsea menewaskan seteru London, Tottenham Hotspur 1-0 menerusi jaringan tunggal Antonio Rudiger pada babak pertama untuk melengkapkan kemaraan menerusi agregat 3-0 pada aksi separuh akhir Piala Liga, pagi ini.

Mendahului 2-0 daripada perlawanan pertama minggu lalu di Stamford Bridge, pertahanan Rudiger menyempurnakan jaringan berpunca daripada sepakan sudut Mason Mount pada minit ke-18 sekali gus menyukarkan peluang Tottenham bangkit.

Tottenham bergelut untuk memburu jaringan namun nasib tidak memihak mereka pada aksi itu ketika dua penalti yang sepatutnya diberikan pada setiap babak oleh Andre Mariner kedua-dua tidak dibenarkan selepas pemeriksaan menerusi VAR.

Lebih memburukkan keadaan percubaan Harry Kane menjaringkan gol turut dinafikan kerana ofsaid selepas penelitian daripada VAR.

Chelsea yang akan berdepan Manchester City dalam saingan Liga Perdana, Sabtu ini, hilang tumpuan pada babak kedua namun kedudukan itu sudah cukup selesa dan akan berusaha memenangi Piala Liga buat kali keenam pada final berdepan antara Liverpool atau Arsenal.

Liverpool akan melayan kunjungan Arsenal pada aksi perlawanan pertama separuh akhir awal pagi esok.

Disiarkan pada: January 13, 2022 @ 7:00am
d