Bola Sepak

Tuchel tak puas hati aksi Chelsea

Oleh Reuters

London: Thomas Tuchel mengambil alih Chelsea kurang dari setahun tetapi berjaya memberi impak untuk menjadi pengurus pertama dalam sejarah kelab itu yang membawa mereka pada setiap final Piala Liga, Piala FA dan Liga Juara-Juara.

Mereka melengkapkan kemenangan menerusi agregat 3-0 ke atas Tottenham Hotspur pada aksi separuh akhir Piala Liga, pagi ini.

Begitupun Tuchel meletakkan standard tinggi selepas menggantikan Frank Lampard pada Januari lalu, bahawa dia tidak gembira dengan persembahan pemainnya di utara London.

Gol tunggal Antonio Rudiger selepas 18 minit permainan mengesahkan aksi final di Wembley berdepan sama ada Liverpool atau Arsenal ketika Chelsea menguasai babak pertama perlawanan.

Namun permainan sedikit terganggu ketika Tottenham memperoleh dua penalti yang dinafikan oleh VAR kedua-duanya pada setiap babak dan jaringan Harry Kane dibatalkan kerana ofsaid.

Perbezaan kualiti pada kedua-dua pasukan bukan hanya dilihat di tengah padang namun juga di bangku simpanan kerana Tuchel memiliki N'Golo Kante, Thiago Silva, Christian Pulisic, Hakim Ziyech dan Kai Havertz yang boleh digunakan.

Tuchel sedar pasukan yang lebih bagus boleh menghukum kelemahan seperti dipamerkan pasukannya.

Malah dia tidak bertoleransi ketika mereka akan berdepan Manchester City, Sabtu ini dengan kekalahan pastinya akan menyingkirkan pasukannya dalam pemburuan gelaran.

"Kami sedikit hilang kawalan, fokus, merebut bola yang penting dan kami bernasib baik tidak melepaskan gol," kata Tuchel yang tewas final Piala FA tahun lalu tetapi menang Liga Juara-Juara.

Disiarkan pada: January 13, 2022 @ 9:17am
d