Bola Sepak

Media Tunisia bengang corak pengadilan Piala Negara-Negara Afrika

Oleh AFP

Tunis: Media Tunisia bengang selepas kekalahan pelik dalam perlawanan Piala Negara-Negara Afrika ketika berdepan Mali, yang menyaksikan pengadil perlawanan meniup wisel penamat sebanyak dua kali sebelum 90 minit.

'Skandal pengadilan!' tajuk muka depan akhbar harian Al Chourouk, dengan mendakwa keputusan pengadil dari Zambia, Janny Sikazwe ternyata mengejutkan rakyat Tunisia dan Afrika, di mana ia tidak akan berlaku walaupun di perlawanan riadah waktu petang.

Mali mendahului 1-0 ketika Sikazwe memberi isyarat perlawanan tamat ketika di minit ke-85, selepas itu sekali lagi pada minit ke-89 dan 47 saat selepas itu walaupun masa kecederaan diberikan sebanyak tiga minit.

Tunisia yang terdesak untuk mencari gol penyamaan tatkala mereka beraksi dengan 10 pemain, ternyata berang terhadap insiden berkenaan.

Selepas kedua-dua pasukan diberitahu agar masuk semula untuk meneruskan baki perlawanan, hanya Mali mematuhi arahan berkenaan.

Menurut jurulatih, Mondher Kebaier, pemain Tunisia dikhabarkan sudah melakukan mandi ais dan mereka bakal berdepan hukuman kerana tidak kembali semula ke atas padang.

Akhbar harian Assabah, Sikazwe berkata Sikazwe 'menyelimuti Tunisia dalam kegelapan bersejarah dengan menamatkan perlawanan dua kali' dan menggelar pengadil itu sebagai 'skandal paling bersejarah'.

Mereka berkata Mali berhak menang tetapi mengecam Sikazwe yang digelar tidak adil dan bersandiwara

Disiarkan pada: January 13, 2022 @ 11:04pm
d