Bola Sepak

Pasukan kerdil kecewakan Ghana

Oleh AFP

Yaounde: Kapten Ghana, Andre Ayew menafikan Gabon adalah pasukan kerdil selepas gol penyamaan kontroversi menyaksikan kedua-duanya terikat 1-1 pada saingan Piala Negara-Negara Afrika, hari ini.

Gol Ayew seawal minit ke-18 meletakkan juara empat kali itu di landasan tepat untuk mencatat kemenangan pertama dalam Kumpulan C namun Jim Allevinah menyamakan kedudukan minit ke-88.

Ia sekali gus menyaksikan Gabon semakin hampir melangkah ke pusingan seterusnya dan Ghana pula berdepan penyingkiran.

Ghana berang kerana Gabon menjaringkan gol apabila memilih untuk tidak mengembalikan bola selepas pemain Ghana membuang bola ketika pemain tengah, Daniel-Kofi Kyereh terjatuh dan mengalami kecederaan.

"Mereka adalah pasukan kerdil tetapi itulah apa yang terjadi dengan pasukan kerdil.

"Kami membuang bola dan adalah sesuatu yang baik dalam bola sepak untuk mengembalikan semula. Jika mereka melakukannya, mereka pasti tidak akan menjaringkan gol. Mereka tidak ada peluang langsung," kata Ayew.

Ghana bertambah malang selepas Benjamin Tetteh dilayangkan kad merah pada masa kecederaan.

Ia adalah keputusan yang baik untuk Gabon ketika beraksi tanpa bintang mereka, Pierre-Emerick Aubameyang dan pemain tengah, Mario Lemina.

Kedua-duanya terlepas beraksi perlawanan pembukaan ketika melakar kemenangan ke atas Comoros selepas positif Covid-19.

Disiarkan pada: January 15, 2022 @ 7:34am
d