Bola Sepak

Morata sasaran Barcelona

Oleh Agensi

Milan: Penyerang Juventus, Alvaro Morata tetap menjadi sasaran utama Barcelona bulan ini, menurut beberapa laporan.

Kelab gergasi Sepanyol itu dalam usaha mencari penyerang, terutama selepas Sergio Aguero terpaksa bersara awal musim ini berikutan masalah kesihatan.

Xavi Hernandez sudahpun menandatangani Ferran Torres dari Manchester City, namun kelab itu berharap dapat memperkuatkan pasukan mereka.

Menurut laporan Marca, Barcelona melihat Morata sebagai sasaran utama mereka ketika ini dengan penyerang itu mempunyai pengalaman dalam LaLiga ketika bersama Atletico Madrid.

Bagaimanapun, tiada perjanjian dapat dilakukan tanpa mana-mana pemain dijual dan Juventus dijangka menjadikan rundingan agak sukar buat kelab Catalan itu.

Morata beraksi 21 kali musim ini dalam Serie A, dan menjaringkan lima gol buat masa ini.

Disiarkan pada: January 18, 2022 @ 10:24pm
d