Bola Sepak

Mbappe sertai Real, gaji RM235j semusim

Oleh Agensi

Madrid: Real Madrid dan Kylian Mbappe dilaporkan mencapai persetujuan yang menyaksikan bintang Perancis itu bakal menyertai Los Blancos pada musim panas akan datang dengan perpindahan percuma.

Kontrak Mbappe dengan Paris Saint-Germain berakhir 30 Jun tetapi penyerang itu menolak semua tawaran memperbaharui kontrak.

Menurut Bild, Mbappe bakal menerima 50 juta euro (RM235 juta) semusim di Santiago Bernabeu yang menjadikan pemain berusia 23 tahun itu bergaji paling mahal di dunia.

Namun perjanjian di antara kedua-dua pihak hanya akan diumumkan secara rasmi selepas pertembungan peringkat 16 Liga Juara-Juara di antara Real Madrid dan PSG.

Media Jerman turut melaporkan gergasi Ligue 1 itu sudah pun berputus asa dalam usaha mereka mengekalkan Mbappe.

Mbappe pula dalam temu ramah sebelum ini berkata, fokusnya kini hanya menghadiahkan trofi untuk PSG.

Disiarkan pada: February 1, 2022 @ 3:46pm
d