Bola Sepak

Solskjaer, anak gadis cipta sejarah United

Oleh Agensi

London: Sejarah tercipta di Manchester United kelmarin selepas anak gadis Ole Gunnar Solskjaer tampil kali pertama bersama kelab bola sepak wanita Red Devils.

Kemasukan Karna Solskjaer sebagai pemain gantian ketika menentang Bridgewater United dalam aksi Piala FA Wanita menjadikan mereka pasangan ayah dan anak perempuan pertama beraksi untuk United.

United menang 2-0 dalam aksi pusingan keempat di Fairfax Park selepas dua bulan pemecatan Solskjaer yang turut menyaksikan perlawanan bersama isterinya, Silje.

Karna penyerang berusia 19 tahun yang memiliki karakter seperti bapanya ketika di atas padang dibawa masuk ketika permainan berbaki tiga minit dan menerima tepukan gemuruh daripada penyokong United.

Dia diberi peluang tampil kali pertama dalam skuad senior selepas menyerlah bersama skuad B-21 Red Devils dan laungan "you are my Solskjaer" kedengaran daripada tempat duduk penonton ketika Karna masuk ke padang.

Disiarkan pada: February 1, 2022 @ 11:02pm
d