Bola Sepak

Aubameyang sertai Barca sehingga 2025

Oleh AFP

Barcelona: Barcelona mengumumkan mereka menandatangani penyerang antarabangsa Gabon, Pierre Emerick Aubameyang sehingga Jun 2025.

"Masa untuk Auba!," jelas kelab berkenaan dalam Twitter yang turut memaparkan video Aubameyang membuat pengesahan.

'Saya sudah tiba penyokong Barcelona! Forza Barca!," kata Aubameyang mengesahkan kehadirannya.

"Pemain ini akan menandatangani kontrak sehingga 30 Jun 2025 dengan mempunyai pilihan untuk bersetuju dilepaskan pada 30 Jun 2023.

"Aubameyang adalah seorang penyerang yang pantas dan mempunyai sentuhan jaringan, selepas meledak 300 gol. Rembatannya yang kuat dan tepat menjadikan dia salah seorang peledak gol yang paling digeruni dalam perlawanan di Eropah," kata kelab berkenaan dalam satu kenyataan.

Kelab terdahulu Aubameyang, Arsenal melepaskannya Selasa lalu dan ia menjadi semakin jelas mengenai destinasi penyerang berkenaan yang sudah pun berada di Sepanyol.

Dia menandatangani kontrak sebagai pemain ejen bebas yang melakukannya di luar jendela perpindahan Januari.

Disiarkan pada: February 2, 2022 @ 8:07pm
d