Bola Sepak

Overmars dipecat kerana pesanan tidak sopan

Oleh Reuters

Paris: Pengarah program bola sepak Ajax, Marc Overmars meninggalkan tugasnya serta merta selepas didakwa mengirimkan pesanan tidak sopan kepada rakan sekerja wanita, umum kelab itu.

Overmars bekas pemain sayap Belanda beraksi buat Ajax dari 1992 hingga 1997 dan menjadi pengarah pada 2012. Baru-baru ini dia dilantik semula bagi penggal baharu sehingga 30 Jun 2026 kata kelab itu.

Overmars, 48, berkata dalam satu kenyataan dia berasa malu dan tindakannya tidak sepatutnya berlaku.

"Minggu lalu saya berdepan dengan laporan mengenai kelakuan saya. Dan bagaimana ia tersebar antara satu sama lain.

Malangnya saya tidak sedar tindakan saya melampaui batas namun saya sedar sejak beberapa hari lalu." kata Overmars.

"Saya tiba-tiba rasa tertekan. Saya mohon maaf. Terutamanya bagi individu berkedudukan seperti saya, kelakuan seperti ini tidak patut berlaku. Saya memandang serius mengenai perkara ini. Malangnya ia agak terlambat. Saya rasa tidak ada pilihan lain sebaliknya meninggalkan Ajax."

Ajax berada di kedudukan teratas carta liga Eredivisie dengan memungut 51 mata selepas 21 perlawanan.

Disiarkan pada: February 7, 2022 @ 10:39pm
d