Bola Sepak

Newcastle sedia menggempur

Oleh AFP

London: Ketua jurulatih Newcastle, Eddie Howe berkata pasukan itu lebih kuat selepas menandatangani pemain pada jendela perpindahan Januari lalu namun mengakui 'tiada apa yang boleh dilakukan di atas kertas" ketika mereka bersedia meneruskan usaha untuk bertahan dalam Liga Perdana.

Penyerang Chris Wood, pemain tengah, Bruno Guimaraes dan pertahanan, Kieran Trippier, Dan Burn dan Matt Targett tiba di St James Park bulan lalu untuk menguatkan pasukan yang kini berada di kedudukan kedua tercorot liga utama Inggeris itu.

Howe berkata, dia berpuas hati dengan pembelian pada jendela perpindahan pertama sejak diambil alih oleh pimpinan Arab Saudi pada Oktober lalu dan menjadikan kelab itu antara yang terkaya di dunia.

"Saya fikir kami menutup jendela perpindahan dengan lebih kuat sebagai satu skuad," katanya pada sidang media sebelum perlawanan menentang Everton.

"Mengikat lima pemain yang mempunyai banyak pengalaman tapi saya rasa kami memasukkan pemain dalam pasukan mengikut peringkat tapi perlu melakukannya sekali gus.

Trippier dan Wood sudahpun beraksi dalam perlawanan Liga Perdana menentang Watford dan Leeds.

Kesemua pemain yang ditandatangani itu boleh diturunkan apabila berdepan Everton.

"Rasanya kami sudah kuat sebagai satu kumpulan, kami tidak menggugat kestabilan pasukan yang boleh menjadi sangat berbahaya apabila membawa masuk lima sekali gus," kata Howe.

Namun pengurus Newcastle itu berkata bukti hanya boleh dilihat di atas padang.

Disiarkan pada: February 8, 2022 @ 8:05am
d