Bola Sepak

Tiada lagi aksi Ziyech bersama Maghribi

Oleh AFP

Rabat: Penyerang Maghribi, Hakim Ziyech berkata dia hanya akan beraksi dan menyumbang tenaga untuk kelabnya Chelsea dan tidak akan beraksi untuk negaranya lagi.

Pemain berusia 28 tahun itu diketepikan daripada skuad Maghribi untuk Piala Negara-Negara Afrika baru-baru ini oleh jurulatih Vahid Halilhodzic yang mengatakan pemain sayap itu kerana tidak berdisiplin.

Maghribi akan berdepan perlawanan play-off ,menentang Congo pada Mac ini untuk merebut satu dari lima tempat bagi slot negara Afrika untuk aksi Piala Dunia 2022 di Qatar.

Halilhodzic mengulangi alasannya untuk tidak menyenaraikan Ziyech minggu lalu apabila beliau disahkan akan terus kekal mengendalikan skuad kebangsaan Maghribi.

Ziyech yang kini berada di Emiriah Arab Bersatu bersama Chelsea menjelang kempen Piala Dunia Kelab membuat kenyataan itu ketika ditemui bual oleh Abu Dhabi Sports.

"Saya tidak akan kembali untuk pasukan kebangsaan," katanya.

"Keputusan saya jelas dan muktamad. Saya hanya akan tumpukan perhatian kepada kelab saya.

Halilhodzic menjelaskan pilihannya selepas penyingkiran Maghribi di suku akhir Piala Negara-Negara Afrika.

Disiarkan pada: February 9, 2022 @ 9:56am
d