Bola Sepak

Neymar kembali jalani latihan

Oleh AFP

Paris: Neymar dijangka tidak cergas bagi perlawanan Ligue 1 membabitkan Paris Saint Germain menentang Rennes pada Jumaat, empat hari sebelum pertembungan berdepan Real Madrid dalam aksi pusingan pertama kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara menurut Mauricio Pochettino.

"Dia tidak akan berada dalam senarai pasukan berdepan Rennes," kata Pochettino sambil menambah bintang pasukannya itu kembali menjalani latihan bersama skuad utama.

Pemain Brazil itu mengalami kecederaan pergelangan kaki kiri pada penghujung November lalu.

Kelab Paris itu dalam satu kenyataan berkata Neymar mengambil bahagian dalam sesi latihan selama 15 minit pada pagi Khamis.

"Perkembangannya sangat bagus," kata Pochettino

Sejak ketibaannya pada 2017, Neymar terlepas lima daripada lapan perlawanan pasukannya dalam penampilan kelompok 15 terakhir di Liga Juara-Juara berikutan beberapa kecederaan termasuk aksi berdepan Barcelona musim lalu.

Disiarkan pada: February 10, 2022 @ 9:53pm
d