Bola Sepak

Mane, Henderson dijangka kembali perkuat Liverpool

Oleh Reuters

London: Penyerang Liverpool, Sadio Mane berada dalam senarai pasukan untuk perlawanan menentang Burnley bagi saingan Liga Perdana, Ahad ini.

Mane sebelum ini membantu Senegal muncul juara Piala Negara Afrika.

Sementara kapten skuad The Reds, Jordan Henderson dijangka dapat diturunkan menurut pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.

Mane yang menjaringkan gol kemenangan penting ketika Senegal menewaskan Mesir pada final, kali terakhir beraksi buat Liverpool sejak sebulan lalu manakala Henderson tersisih aksi liga pada Khamis.

"Saya jangkakan Sadio akan menjalani latihan penuh hari ini dan kami akan membuat keputusan kemudian mengenai bagaimana keadaannya dan beberapa perkara lain," kata Klopp.

"Dia kemungkinan berada pada prestasi baik tetapi kami perlu menilai keadaan fizikal beberapa hari lagi.

"Hendo, ya, dia pasti akan kembali. Ia dalam perancangan. Ia adalah perancangan sebelum perlawanan dan masih lagi dalam perancangan. Jika tiada apa yang berlaku dia akan beraksi pada Ahad.

Klopp juga mengesahkan pemain pertahanan Joe Gomez dan penyerang, Divock Origi sudah cergas serta dapat diturunkan dalam pasukan selepas terlepas aksi menentang Leicester.

Liverpool kini berada di kedudukan kedua liga memungut 51 mata ketinggalan sembilan mata berbanding pendahulu saingan Manchester City dengan 60 mata.

Disiarkan pada: February 11, 2022 @ 9:53pm
d