Bola Sepak

Nagelsmann tak peduli kritikan

Oleh Reuters

Munich: Bayern Munich tidak akan menukar taktik menyerang mereka ketika berkunjung ke RB Salzburg dalam aksi peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara pagi Khamis ini selepas tewas mengejut saingan liga kepada VLF Bochum, kata jurulatih Julian Nagelsmann.

Bayern tewas 2-4 di Bochum Sabtu lalu dengan kesemua empat gol dilepaskan pada babak pertama yang mengundang kritikan media.

"Falsafah dan pendekatan saya tidak akan ditukar," kata Nagelsmann dalam sidang akhbar hari ini. "Terdapat struktur tertentu dalam skuad kami walaupun tanpa beberapa pemain.

"Sesuatu yang lawak dalam bola sepak ialah topik ini hanya menjadi perdebatan apabila anda kalah. Ketika menewaskan RB Leipzig, kami kurang pemain pertahanan berbanding ketika tewas di Bochum tetapi semua orang kata kami terlalu ofensif menentang Bochum.

"Akhirnya ia mengenai cara anda bermain dan bukannya sistem. Saya tak akan menukar pendekatan saya hanya berdasarkan apa yang ditulis media mengenai kami."

Disiarkan pada: February 15, 2022 @ 10:39pm
d