Bola Sepak

Maguire nafi hilang kuasa kapten disebabkan Ronaldo

Oleh AFP

London: Ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire menafikan laporan merebut kuasa dengan Cristiano Ronaldo tatkala kelab berkenaan berusaha untuk menamatkan saingan musim ini dengan menduduki kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Maguire gagal mempamerkan prestasi terbaiknya musim ini dan dilaporkan bahawa kapten United itu berasa terjejas oleh pengaruh Ronaldo, dengan peranan berterusannya sebagai ketua pasukan dipersoalkan.

Penyerang United, Marcus Rashford menolak desas-desus mengenai perpecahan di bilik persalinan membabitkan Ronaldo awal minggu ini dan Maguire menafikan laporan terbaru itu.

"Saya melihat banyak laporan tidak benar mengenai kelab ini dan ada satu lagi tanggapan.

"Saya tidak mahu untuk menaikkan status mengenai semuanya yang ditulis tapi saya harus memperjelaskan perkara ini. Kami sentiasa bersatu dan fokus untuk perlawanan Ahah ini. Selamat menikmati hari anda semua orang," kata Maguire di Twitter.

Kemenangan 2-0 United ke atas Brighton membolehkan mereka kembali ke tangga keempat saingan EPL tatkala hanya empat pasukan teratas layak untuk ke Liga Juara-Juara musim depan.

Disiarkan pada: February 18, 2022 @ 10:18pm
d