Bola Sepak

Jangan ketawakan Lukaku

Oleh Agensi

London: Thomas Tuchel berkata bukan masanya untuk mentertawakan Romelu Lukaku selepas penyerang Chelsea itu hanya tujuh kali menyentuh bola ketika menentang Crystal Palace.

Lukaku mencipta rekod Liga Perdana apabila muncul pemain pertama paling kurang menyentuh bola dalam tempoh 90 minit permainan sejak statistik direkodkan Opta pada musim 2003-04 season.

Ketika ditanya bagaimana cara supaya Lukaku lebih banyak menyentuh bola, pengendali Chelsea, Tuchel berkata: "Data sudah ada dan ia tidak terbabit dalam perlawanan kami. Kadang-kadang ia berlaku kepada penyerang.

"Jika mereka bergelut dengan keyakinan diri, sukar mencari ruang dan berdepan pertahanan lawan yang baik, ia boleh menjadi seperti itu.

"Saya akui bukan itu yang kami atau Lukaku mahu tetapi ini bukan masanya untuk mentertawakan dia. Ya dia menjadi tumpuan sekarang tetapi kami akan melindunginya.

Lukaku meledak lima gol dalam 17 aksi Liga Perdana musim ini sejak berpindah dari Inter Milan dengan harga £97.5 juta pada musim panas lalu.

Tuchel yang mempersiapkan skuadnya untuk aksi menentang Lille dalam saingan Liga Juara-Juara esok berkata, pemain berusia 28 tahun itu bukanlah penyerang pertama berdepan masalah sama di Stamford Bridge.

Disiarkan pada: February 22, 2022 @ 9:49am
d