Bola Sepak

Bas pasukan Bahia terkena bahan letupan

Oleh Reuters

Sao Paulo: Kelab bola sepak Brazil, Bahian berkata tiga pemain mereka mengalami kecederaan apabila bas mereka terkena bahan letupan ketika dalam perjalanan untuk mengharungi perlawanan.

Kelab divisyen dua itu menjelaskan dalam Twitter bahawa penjaga golnya, Danilo Fernandes di bawa ke hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian muka selepas terkena serpihan kaca.

Bahia berkata bom itu meletup ketika bas pasukan tiba di Stadium Fonte Nova di Salvador untuk menentang Sampaio Correa dalam Copa do Nordeste, kejohanan untuk pasukan di timur laut Brazil.

Kelab itu menyiarkan gambar di Twitter mengenai tingkap belakang bas yang rosak dan tempat duduk dipenuhi percikan darah bersama dengan gambar kereta rosak yang dikatakan terlanggar bas berkenaan.

"Perkara paling membimbangkan ialah penjaga gol Danilo Fernandes, yang terkena serpihan kaca di muka dan dalam perjalanan ke hospital," kata Bahia di Twitter.

Bahia, adalah kelab yang mendapat sokongan terbaik di rantau ini, memilih untuk meneruskan permainan tetapi berkata tiga pemain, termasuk Fernandes, diketepikan perlawanan kerana letupan berkenaan.

"Skuad, dengan maruah dan profesionalisme, akan turun padang untuk menghormati warna Bahia," kata jurulatih Guto Ferreira.

Kelab itu tidak mengulas mengenai siapa yang mungkin menanam atau membuang bahan letupan berkenaan dan mereka juga tidak mendedahkan secara terperinci mengenai bahan letupan itu

Serangan ke atas bas pasukan bukanlah sesuatu yang luar biasa di Brazil tetapi laporan mengenai bom adalah jarang berlaku.

Peminat sering membaling batu dan objek ke arah jurulatih, baik pasukan mereka sendiri mahupun lawan.

Bahia, one of the best supported clubs in the region, opted to go ahead with the game but said three players, including Fernandes, were ruled out the match due to the blast.

"The squad, with dignity and professionalism, are going to take the field to honour the Bahia colours," coach Guto Ferreira said.

The club did not comment on who may have planted or thrown the device, or give details about the device itself.

Attacks on team buses are not unusual in Brazil but reports of bombs are scarce. Fans often throw rocks and missiles at team coaches, both their own and rivals.

Disiarkan pada: February 25, 2022 @ 2:06pm
d