Bola Sepak

Dembele cemerlang bantu Barca

Oleh AFP

Madrid: Ousmane Dembele menukar ejekan kepada sorakan di Camp Nou selepas menjaringkan gol menakjubkan dan mencipta dua lagi gol untuk membantu kelabnya menang 4-0 ke atas Athletic Bilbao.

Dembele meledak pada separuh masa kedua untuk gol pertamanya sejak jendela perpindahan Januari lalu apabila Barca memaklumkan kepada pemain Perancis itu bahawa dia perlu pergi jika enggan menandatangani kontrak baru.

Namun Xavi Hernandez berkeras mahu menggunakan khidmat Dembele beberapa minggu lalu dan Barca masih memerlukan khidmat pemain berusia 34 tahun itu dalam meneruskan perjuangan untuk menamatkan saingan di empat tempat teratas La Liga.

"Hari ini Dembele terbaik yang pernah kami lihat dan itulah yang kami mahukan," kata Xavi.

Kemenangan itu membawa Barcelona kembali ke kedudukan empat teratas, di atas Atletico Madrid dan kini hanya satu mata di belakang Real Betis, yang tewas 2-1 kepada Sevilla dalam perlawanan awal.

Kemenangan buat pasukan tangga kedua, Sevilla mengurangkan jurang dengan Real Madrid kepada enam mata.

Selepas perbincangan penyambungan kontrak menemui jalan buntu, Dembele diturunkan di Camp Nou menentang Napoli dalam saingan Liga Europa awal bulan ini, apabila Xavi memasukkannya sebagai pemain gantian susulan kemarahan penyokong.

Disiarkan pada: February 28, 2022 @ 9:47am
d