Bola Sepak

Pengadil berang tanduk penyokong

Oleh Agensi

London: Satu perlawanan bola sepak amatur terpaksa dihentikan minit ke-92 selepas pengadil perlawanan bertindak menanduk sorang penyokong.

Ia berlaku ketika perlawanan membabitkan Stanley Athletic AFC dan Port Glasgow United apabila pengadil perlawanan secara tiba-tiba menanduk seorang penyokong di tepi padang dekat Renfrew, Renfrewshire.

Susulan insiden berkenaan, Ketua Strathclyde Saturday Morning League memulakan siasatan.

Seorang penonton berkata: "Semua orang terkejut. Pengadil meluru ke tepi padang dan menghantukkan kepala kepada salah seorang penyokong.

"Saya tidak pernah melihat perkara seperti itu sebelum ini."

Satu klip video berdurasi 11 saat menunjukkan pengadil berkepala botak memakai baju kuning menuju ke tepi padang sebelum menanduk seorang lelaki berusia 20-an.

Sekumpulan lelaki kemudian menghentikan tindakan pengadil itu dengan menolaknya ke tepi padang sebelum rakaman itu terhenti.

Insiden yang dilihat serius itu sudah dilaporkan kepada Persatuan Bolasepak (FA) Amatur Scotland.

Disiarkan pada: February 28, 2022 @ 9:52pm
d